CHERITA BLOGKU

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

Rimas


Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini


Ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti
caraku memujukmu


Pernahkah kau hargai
caraku mencintaimu
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini


Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas


Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang


Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang


Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang
Terbongkangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkankang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang


Lari lari aku
lari tinggalkan
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi..kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

SEMBUNYI~




Hmm.. apakah rasionalnya aku nak berkongsi tentang sembunyi hari ni? Adakah sebab baru je main sembunyi-sembunyi ataupun orang taman aku sebut, hide and seek? Tak... sebenarnya apa yang nak aku tulis hnyalah satu "LUAHAN".

Dah tentulah macam-macam benda terlintas di fikiran korang kan. Oklah.. aku tak nak berteka-teki lagi... Kalau aku sebut tentang satu drama ni, mesti korang akan rasa cam " Eee.. bosan betul aku.. tak habis-habis dengan cerita ni". Apalagi, satu-satunya drama Korea yang menjadi kegilaan aku, My Girl..
Kalau korang tengok drama tu, ceritanya tentang seorang "kaki tipu", Joo Yoo-rin jatuh cinta dengan seorang lelaki hotel terkemuka di Seoul yang memang handsome, Seol Gong-chan. Tetapi, dia sedaya-upaya menyembunyikan perasaannya.. Haaa.. nampaknya ada yang dah "catch up" tentang apa yang aku nak tulis ni...

Yea...SEMBUNYIkan perasaan. tp bukan sembunyikan perasaan cinta.... bunyi macam senang kan.. Alahai, kacang je.. Berlakon jelah. Buat-buat tak tahu. Tapi, hakikatnya adalah susah.. Macam Yoo-rin.. walaupun nampak macam happy dengan hidupnya, tapi sebenarnya dia sangat menderita kerana terpaksa menipu hatinya sendiri.. Mungkin kita mampu menipu orang lain, tapi mampukah kita berbohong kepada hati kita sendiri? Tepuk dada, tanya hati...

Contohnya, kalau kita rasa marah, tak puas hati dengan seseorang, senang ke untuk kita luahkan semua tu pada dia.. Apalagi kalau dia tu bestfriend kita.. Haa..lagilah. Boleh gila dibuatnya. Lagi satu contoh, kalau kita sakit hati dekat seseorang yang kita rapat, mudahkah kita untuk mengakuinya? Jawapannya dah tentu tidak.. Kalau bukan sebab kita takut dengan persepsi orang lain, pastinya sebab kita takut akan "kehilangan", kan?

Tapi, berpada-padalah dalam menyembunyikan perasaan... Kalau kita tak luahkan, sebaliknya pendam sorang-sorang, nanti boleh stress. Kalau dah stress, boleh putus fius nanti. Kalau dah putus fius, faham-faham jelah ye.. Tapi, tetap ada batasannya dalam meluahkan. Ada perkara yang perlu " keep it to yourself" dan ada jugak yang "personal"... tp aku x... dgn orang yang rapat aku cerita semuanya tanpa batasan.... SO STUPID!! dgn orang yang rpat pon boleh pijak kepala aku....

Aku paling anti kalau orang paksa aku untuk mengatakan sesuatu yang aku tak suka.. Kalau aku cakap tak, taklah. Kalau aku cakap no, no lah. Kalau aku cakap anieyo, anieyolah. lagi satu anti orang yang mencari aib orang sedangkan diri sendiri lebih besar aibnya...

Akhir kata, ini cuma sekadar satu luahan, perkongsian rasa... Tapi, kalau sesiapa yang rapat dengan aku, dia akan perasan yang aku ni, lebih baik aku menyendiri, melayan perasaan... sebab aku rasakan lebih baik melayan angan-angan yang tak berkesudahan daripada mendapatkan satu kepastian yang cukup menyakitkan...



Kisah Berani Gagal Para Tokoh Dunia

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.
Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”
INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’

manusia dan perubahan




Aku ingin berubah

izinkan aku untuk mendukung jihadMu
berilah aku kesempatan itu
agar aku lebih menghargai iman
supaya aku bisa mengikuti jejak mereka
mereka yang menegakkan agamaMu
mereka yang sanggup syahid untukMu…

Andai aku tidak mampu

jadikan doa dan pintaku sebagai kekuatan
yang menjadikan aku tabah
menghadapi segala ujianMu
pimpinilah aku menuju jalan redhaMu
jalan yang Engkau beri nikmat dan
bukan jalan yang Engkau murkai
amin….






Hakikat manusia sebagai makhluk



Kita perlu mengenal manusia tidak dari segi kelebihannya sahaja, tetapi juga perlu mengenal kelemahannya supaya dapat memberi kesedaran dalam setiap tindakan dan perbuatan. Kelemahan ini perlu diwaspadai oleh manusia agar dapat mengawal diri dan mengatasi kelemahan diri dengan cara mengamalkan ajaran Islam.

Manusia sebagai makhluk
Fokus kepada tajuk hakikat insan kali ini ialah hakikat manusia sebagai makhluk yang lemah. Allah menciptakan manusia dengan segala keterbatasan dan kelemahan di samping kelebihan dan kekuatannya.

Manusia diciptakan oleh Allah berdasarkan fitrahnya. Manusia yang dapat memelihara fitrahnya dengan Islam akan berjaya di dunia dan di akhirat. Sedangkan mereka yang tidak dapat memerlihara fitrah tersebut serta tidak menjalankan amanah tersebut akan termasuk ke dalam golongan yang bodoh (jahil).
Antara sifat manusia sebagai makhluk ialah;
  • Berada dalam fitrah
  • Lemah
  • Bodoh
  • Faqir (memerlukan)

Berada dalam fitrah
Semua manusia lahir dalam keadan fitrah tanpa terkecuali. Potensi fitrah ini membawa manusia dapat menilai setiap sesuatu dengan cenderung kepada kebaikan dan menolak kejahatan. Manusia dengan fitrahnya akan mengatakan bahawa berbohong, mencuri, pembunuhan, korupsi, khianat dan penindasan adalah perbuatan yang tidak baik. Sebaliknya jujur, saling membantu, berkasih sayang, amanah dan adil adalah perbuatan yang baik.
“Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah, tetaplah atas fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah, itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidakmengetahui.” (ar-Rum: 30)

Manusia bersifat lemah
Sebagai makhluk, manusia juga lemah kerana diciptakan dengan keterbatasan akal dan fizikal. Manusia tidak mungkin mampu menembusi semua alm ini dengan akalnya, begitu pula fizikal manusia jika dibandingkan dengan alam adalah sangat kecil dan lemah. Manusia sangat kecil dan lemah di hadapan Allah sehingga memerlukan bantuan dan perlindungan daripada Allah swt.
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.” (an-Nisa’: 28 )

Manusia pada asalnya tidak mengetahui
Amanah dan beban sebagai khalifah adalah sangat besar dan berat sehingga ditolak oleh makhluk lain seperti langit, bumi dan gunung. Tindakan memilih tugasan ini adalah zalim dan bodoh. Namun manusia akan terlepas daripada kezaliman dan kebodohan jika menjalankan amanah dan taklifan tersebut berdasarkan ilmu yang sahih seperti yang dianjurkan oleh Allah swt.
“Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dna gunung-ganang, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka khuatir akan mengkhianatinya dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan bodoh.” (al-Ahzab: 72)

Manusia sentiasa butuh dan memerlukan
Manusia sebagai makhluk yang terbatas dari segi fizikal dan kemampuan dalam pelbagai aspek, oleh itu manusia sangat memerlukan bantuan daripada yang lebih berkuasa dan hebat iaitu daripada pencipta makhluk, Allah swt.
“Hai manusia, kamulah yang berkehendak (berkemahuan) kepada Allah; dan Allah Dialah Yang Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu), Maha Terpuji.” (Fathir: 15)

bila aku kata.........

bila aku kata...............
"AKU SEDANG BERUBAH..."
kadangkala diri ini terbabas juga.




MAKA....................
tegurlah, bukan menghukum.
sayangilah, bukan memfitnah.
maafkanlah, bukan membenci.
mudahkanlah, bukan menyusah.

jadi, ingatkanlah aku
bukan mengejek.

kerana diri ini masih lemah,
mudah terlupa, mudah terleka

dan aku cuma musafir,
yang perlukan panduan



zaman kegemilangan 13 april 2013

sebelum aku mulakan cerita, aku nk ucap..
ALHAMDULLILAH~~
sebb aku di beri peluang untuk terus idup and teruskan perjuangan.. =)
"ZAMAN KEGEMILANGAN"
mesti ramai yang nak rasa zaman kegemilangan ni kan??
aku bersyukur akhirnya aku tamat gak pengajian..
walaupun bnyak gagal dengan usaha pasti akn berjaya!!
YEAH!!!
lets start the story....
sebelum tarikh 12april ni mmg aku agak gelabah sebab aku x ready.~~
(aku dah konvo???)
serius smpai ada orang ckap GEMBIRA x??
aku jawab entah x sedia... haaa
sbb dlam kpala aku mcm2 aku fikir...
nak naik ape? cukup k duit ni? and bnyak lagi la.. 
SERIUS!! (kerja last minit)
nasib baik ada senior y prihatin (thank MIQDAD)
so aku dah x risau pasal pembelanjaan smua..
(semuanya berjalan yang d rancang)
12 april 2013, kita orang gerak pagi seblum subuh~~ 
(amik kau bagun awal kol 3)
*maaf x bagi tau sbb kulang kabut.............................................
kemas barang baju and silip smua....
pin pin poon poon (driver smpai)
so kita orang gerak dengan rasa tenang.......
bla bla bla bla bla bla (dalam kereta berborak)
smpai la KLMU + C = KLMUC
daftar smua amik jubah, and the last ape yang aku rasa tkut sgt... 
aku lupa bawak 1 lagi slip..!!
time tu mmg aku rasa nk lari sekuat hati...!!!
so aku tnya acik [K] rashdan
HOW HOW HOW~~~
dgn kata2 smgt dye bg "insyallah takkan ape2"
aku kuat smgt and terus cari jalan,
kne call cosmo melaka... mmg aku rasa aku lah paling b'perangai kat situ.. haaaa
(AKU PEDULI APA AKU DAH BAYAR)
siap smua slip pon dah dpat apa lagi cari HOTEL!!!
dgn rasa selesa and murah kita orang stay situ.. 
dan yang paling penting korang kena tau....
AKU TELAH ROSAKKAN REMOTE TV!!!
Aku duli apa aku bayar.. haaaa
bla bla bla bla (satu malam lepak hotel)
esoknya 13 april 2013 adalah hari kemengan aku~~
dgn berpakaian kemeja and jubah harrypotter aku rasa comel~~~ heee
kita orang cekout hotel and pergi PICC Putrajaya...
perjalanan agak jauh, sempat aku tido kejap... zzzzzzzzzzzzzzzzz
smpai jer kat pICC baru aku tau punya besar and sgt chantik bndar dia....
tp!!!!!!!
aku x suka beratur.. mmg sakit kepala aku berdiri lama2 tggu nk masuk pintu dewan....
bla bla bla bla (masuk pintu dewan and tggu giliran CICT melaka)
punya tggu + datok2 , DR... ckap lama kat depan + cahaya bnyak2
buat kepala aku rasa pening and nk pitam..
aku ingt aku x dpt bertahan sbb pndangn aku kabur and gelap~~~
so aku cuba tahan aku cuba gerak2 an badan and tgn cuba kuatkan smngt 
akhirnya aku dpt juga jejak naik pestas...
dup dap dup dap (hati berdebar2)
aku rasa terharu and sedih sekejap sbb tgok atas my father ada~~ its my hero!!!
mmg rasa gembira + sedih
selesai jer aku berlari cari ayah aku hahaha~~~
TAHNIAH!!! itulah kata2 indah dari ayah aku.... =')
amik gmbar posing maut ngn mmber2 
snap snap snap snap!!!!















ni la gmbar kegila an aku ngn mmber aku~~ hahaha....
aku rasa ada lagi gmba bnyak smbnarnya.. maklum la guna kamera kawan.. heee
so siap smua pulang baju ape lagi kami balik tmpat asal gerak kol 5ptg smpai muar kol 10mlm..
fuh!! mmg penat.........
ni la hari kengan aku, lepas ni kena fikir kerja cari duit and ubah kehidupan,
tp aku xkan berhenti untuk dpatkan scroll lagi!!!
ada rezeki aku akan smbung belajar lagi..... itu harapan aku....
thank gak pada my brother yang sentiasa bagi sokongan dari masa aku belajar smpai sekarang...

=)

so last word dari aku..

APE PUN HALANGAN APA PUN YANG TERJADI 
DENGAN USAHA PASTI BERJAYA!!

TAHNIAH MUHAMMAD REDUAH HANG TUAH
DENGAN BIDANG
DIPLOMA IN MULTIMEDIA APPLICATION