CHERITA BLOGKU

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

BERSEDIA MENGHADAPI~

salam smua and salam satu malaysia..
pengumuman, pemngumuman
ibu ibu bapak bapak siapa yang punya anak....... heee
(smpat nyanyi)
dan sebenarnya
aku xdpt tido hari ni msuk 3 hari!!! TERBAIK~~~~
aku dah mcm burung hantu, pagi aku kerja terpaksa besarkan mata,
malam terjaga spnjang masa..
dan rehat / lunch aku lak kais pagi makan petang, mlm silence perut xnk terima nasi.
mungkin sbb cuaca sekarang, cuaca dah mcm kat luar negara...
luar negara salji tp kat sini jerebu..
(dapat la juga merasa)
heee
berbalik pada topik KU BERSEDIA (ready untuk nyanyi)
sebelum jerebu lagi kepala and leher aku terasa x sedap...
adakah bengkak dalam mula mmbesar or x.. 
bnyak aku kaji jenis2 penyakit ni... if penyakit sahabat aku sndiri pon aku kaji 
sbb aku ni suka kaji itu salah satu hobi aku.. =)
so kaji punya kaji aku dapt puncanya. bila hati x sdap di sbbkan ape y aku kaji
aku pergi hospital cek..
(aku harap bukan ape y aku baca)
8.15AM
*amik no bg surat bagi*
tingtong~~ 1014
ok tu no aku...
 jumpa doc ngn hati berdebar2.. aku ceritakan ape belaku..
sekali lagi kena amik darah!!!!
dpt kputusan, dgn pratus y aku tgok muka doc y agak berubah
aku dah tau msti ada y x kena...GRRR~~ aku stress jap..
doc ckap aku slh baring... tu je mula2 dye ckap
tp bila aku tnya skali lagi, 
doc ckap kemugkinan kelenjar getah bening..
so doc x puas hati doc suh xray..
dah la masa xd aku nk g kerja lagi..
demi kesehatan aku pergi gak abaikan kerja and focus kesehatan...
so skarang tggu kputusan...........
ESOK~


*menunggu bila ia dtg and terima ape y berlaku*

Rimas


Lari lari lari
aku lari tinggalkan semua ini
Untuk mencari-cari
cari ketenangan diri
Pergi pergi pergi
engkau pergi dari hidupku ini


Ku tak mahu mahu
engkau hadir dalam diri ini
Keluhan hatiku tak siapa yang tahu
Ku simpan semua sebak didada
Biarpun ku yang terluka
Pernahkah kau mengerti
caraku memujukmu


Pernahkah kau hargai
caraku mencintaimu
Lafasan kata dari bibir
Adakah ia dari hati
Mungkin kau tak fahami maksud yang tesembunyi
Titisan airmata dari pipi ke bumi
Pernahkah kau peduli betapa sedih diriku ini


Mengapa aku yang terluka
Aku yang merana
Aku yang menahan sisa baki cinta ini
Engkau yang meminta
Aku yang sengsara
Rimas rimas Aku rimas


Tinggalkan seorang kecundang
Istana jiwaku goyang
Roboh dan tumbang
Sawanku lantang
Tidak berpantang


Letupnya siang siang
Bukannya alang kepalang
Datangnya perang
Dan bawaku ke jurang
Pulanglah sayang
Janji ku tatang
Ku hapuskan dalang
Dalangnya sayang


Sayangnya hilang
Hilanglah garang
Garangku terbang melayang
Terbongkangku terbang kau terhoyong-hayang
Tak pandang belakang
Terkankang gilaku tak diundang
Ku rapuh semua tak bertiang
Janjiku kini kan bertulang


Lari lari aku
lari tinggalkan
Tuk mencari
Untuk mencari ketenangan
Aku pergi tinggalkan
Tinggalkan kau sendiri
Ku pergi..kini ku pergi
Tinggalkan mu sendiri

SEMBUNYI~




Hmm.. apakah rasionalnya aku nak berkongsi tentang sembunyi hari ni? Adakah sebab baru je main sembunyi-sembunyi ataupun orang taman aku sebut, hide and seek? Tak... sebenarnya apa yang nak aku tulis hnyalah satu "LUAHAN".

Dah tentulah macam-macam benda terlintas di fikiran korang kan. Oklah.. aku tak nak berteka-teki lagi... Kalau aku sebut tentang satu drama ni, mesti korang akan rasa cam " Eee.. bosan betul aku.. tak habis-habis dengan cerita ni". Apalagi, satu-satunya drama Korea yang menjadi kegilaan aku, My Girl..
Kalau korang tengok drama tu, ceritanya tentang seorang "kaki tipu", Joo Yoo-rin jatuh cinta dengan seorang lelaki hotel terkemuka di Seoul yang memang handsome, Seol Gong-chan. Tetapi, dia sedaya-upaya menyembunyikan perasaannya.. Haaa.. nampaknya ada yang dah "catch up" tentang apa yang aku nak tulis ni...

Yea...SEMBUNYIkan perasaan. tp bukan sembunyikan perasaan cinta.... bunyi macam senang kan.. Alahai, kacang je.. Berlakon jelah. Buat-buat tak tahu. Tapi, hakikatnya adalah susah.. Macam Yoo-rin.. walaupun nampak macam happy dengan hidupnya, tapi sebenarnya dia sangat menderita kerana terpaksa menipu hatinya sendiri.. Mungkin kita mampu menipu orang lain, tapi mampukah kita berbohong kepada hati kita sendiri? Tepuk dada, tanya hati...

Contohnya, kalau kita rasa marah, tak puas hati dengan seseorang, senang ke untuk kita luahkan semua tu pada dia.. Apalagi kalau dia tu bestfriend kita.. Haa..lagilah. Boleh gila dibuatnya. Lagi satu contoh, kalau kita sakit hati dekat seseorang yang kita rapat, mudahkah kita untuk mengakuinya? Jawapannya dah tentu tidak.. Kalau bukan sebab kita takut dengan persepsi orang lain, pastinya sebab kita takut akan "kehilangan", kan?

Tapi, berpada-padalah dalam menyembunyikan perasaan... Kalau kita tak luahkan, sebaliknya pendam sorang-sorang, nanti boleh stress. Kalau dah stress, boleh putus fius nanti. Kalau dah putus fius, faham-faham jelah ye.. Tapi, tetap ada batasannya dalam meluahkan. Ada perkara yang perlu " keep it to yourself" dan ada jugak yang "personal"... tp aku x... dgn orang yang rapat aku cerita semuanya tanpa batasan.... SO STUPID!! dgn orang yang rpat pon boleh pijak kepala aku....

Aku paling anti kalau orang paksa aku untuk mengatakan sesuatu yang aku tak suka.. Kalau aku cakap tak, taklah. Kalau aku cakap no, no lah. Kalau aku cakap anieyo, anieyolah. lagi satu anti orang yang mencari aib orang sedangkan diri sendiri lebih besar aibnya...

Akhir kata, ini cuma sekadar satu luahan, perkongsian rasa... Tapi, kalau sesiapa yang rapat dengan aku, dia akan perasan yang aku ni, lebih baik aku menyendiri, melayan perasaan... sebab aku rasakan lebih baik melayan angan-angan yang tak berkesudahan daripada mendapatkan satu kepastian yang cukup menyakitkan...



Kisah Berani Gagal Para Tokoh Dunia

Adakah anda berasa anda telah cukup gagal dalam hidup? Lihat tokoh-tokoh terkenal ini yang juga mengalami kegagalan dalam hidup tapi bangkit kembali,malah menguasai dunia!!
-Genius Albert Einstein, hanya boleh bercakap apabila umurnya 4 tahun!
-Saintis Isaac Newton sering gagal ketika sekolah dan diberi gelaran oleh guru-guru sebagai murid yang “tiada harapan”!
-F.W Woolworth ketika berumur 21 tahun bekerja dikedai runcit sering dimarahi oleh pemilik kedai sebagai “seorang yang tidak pandai menjual!”. Kini, Woolworth adalah antara rangkaian pasaraya terbesar di United Kingdom!
-Pengasas Disneyland, Mr Walt Disney ketika bekerja di syarikat akhbar pernah dimarahi oleh editornya oleh kerana “Tidak mempunyai imaginasi dan tidak pernah mempunyai idea yang bernas”! Walt Disney juga dipecat oleh editor suratkhabarnya kerana beliau dikatakan ketandusan idea.
-Michael Jordan, pemain basketball terulung pernah dikeluarkan dari pasukan basketball ketika di sekolah menengah!
-Thomas Edison, pencipta lampu mentol pula ketika sekolah sering dimarahi oleh gurunya dengan “Seorang murid yang terlalu bodoh untuk pelajari apa sahaja”!
Thomas Edison juga gagal dalam lebih 1,000 eksperimen dalam mencipta lampu mentol sebelum menjumpa formula sebenar cara menyalakan lampu mentol!
Fred Smith (pengasas Federal Express) mendapat ‘C” dalam proposalnya di Yale University untuk idea sistem penghantaran malam.
Col. Harland Sanders (pengasas KFC) telah gagal lebih dari 1000 kali untuk mendapat platform untuk memperkenalkan ayam hebatnya yang sangat terkenal kini.
King C. Gillette (pengasas Gillete) gagal hampir 6 tahun untuk mengumpulkan dana mengetengahkan ciptaannya yakni pisau pencukur Gillitte.
Nick Vujicic,seorang pakar motivasi terkenal yg dilahirkan tanpa tangan dan kaki pernah berkata, 'I was deeply depressed when I was eight years old,' he said. 'I went to my mum crying and told her I wanted to kill myself.
Adakah ikon-ikon di atas pernah mengalah dan berhenti daripada melakukan apa yang mereka percaya? Sudah tentunya tidak. Kegagalan adalah sesuatu yang pasti dilalui oleh setiap insan dalam mencapai kejayaan. Apa yang membezakan mereka yang berjaya kini dan mereka yang tidak adalah, mereka yang berjaya melihat kegagalan sebagai peluang untuk belajar supaya kegagalan tersebut tidak diulangi. Apabila jatuh, mereka akan bangun semula!
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Orang mukmin sama ada lelaki ataupun perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah S.W.T, sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah S.W.T tanpa dia membawa dosa sedikitpun.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi)
Umar Abdul Aziz pernah berkata kepada para panglimanya: “Sesungguhnya kita memerangi musuh dan melawan musuh kita dek kerana kemaksiatan yang mereka lakukan, seandainya bukan kerana itu kita sebenarnya tidak mempunyai kekuatan apa-apa pun kerana jumlah kekuatan kita tidak seperti jumlah kekuatan mereka, maka kita mampu menang kerana kekuatan keimanan kita”
INGAT! Katakan pada diri anda,"‘aku akan terus bangun, berdiri dan berlari, kerana aku bukan lemah!’