CHERITA BLOGKU

Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah.

SEMBUNYI~




Hmm.. apakah rasionalnya aku nak berkongsi tentang sembunyi hari ni? Adakah sebab baru je main sembunyi-sembunyi ataupun orang taman aku sebut, hide and seek? Tak... sebenarnya apa yang nak aku tulis hnyalah satu "LUAHAN".

Dah tentulah macam-macam benda terlintas di fikiran korang kan. Oklah.. aku tak nak berteka-teki lagi... Kalau aku sebut tentang satu drama ni, mesti korang akan rasa cam " Eee.. bosan betul aku.. tak habis-habis dengan cerita ni". Apalagi, satu-satunya drama Korea yang menjadi kegilaan aku, My Girl..
Kalau korang tengok drama tu, ceritanya tentang seorang "kaki tipu", Joo Yoo-rin jatuh cinta dengan seorang lelaki hotel terkemuka di Seoul yang memang handsome, Seol Gong-chan. Tetapi, dia sedaya-upaya menyembunyikan perasaannya.. Haaa.. nampaknya ada yang dah "catch up" tentang apa yang aku nak tulis ni...

Yea...SEMBUNYIkan perasaan. tp bukan sembunyikan perasaan cinta.... bunyi macam senang kan.. Alahai, kacang je.. Berlakon jelah. Buat-buat tak tahu. Tapi, hakikatnya adalah susah.. Macam Yoo-rin.. walaupun nampak macam happy dengan hidupnya, tapi sebenarnya dia sangat menderita kerana terpaksa menipu hatinya sendiri.. Mungkin kita mampu menipu orang lain, tapi mampukah kita berbohong kepada hati kita sendiri? Tepuk dada, tanya hati...

Contohnya, kalau kita rasa marah, tak puas hati dengan seseorang, senang ke untuk kita luahkan semua tu pada dia.. Apalagi kalau dia tu bestfriend kita.. Haa..lagilah. Boleh gila dibuatnya. Lagi satu contoh, kalau kita sakit hati dekat seseorang yang kita rapat, mudahkah kita untuk mengakuinya? Jawapannya dah tentu tidak.. Kalau bukan sebab kita takut dengan persepsi orang lain, pastinya sebab kita takut akan "kehilangan", kan?

Tapi, berpada-padalah dalam menyembunyikan perasaan... Kalau kita tak luahkan, sebaliknya pendam sorang-sorang, nanti boleh stress. Kalau dah stress, boleh putus fius nanti. Kalau dah putus fius, faham-faham jelah ye.. Tapi, tetap ada batasannya dalam meluahkan. Ada perkara yang perlu " keep it to yourself" dan ada jugak yang "personal"... tp aku x... dgn orang yang rapat aku cerita semuanya tanpa batasan.... SO STUPID!! dgn orang yang rpat pon boleh pijak kepala aku....

Aku paling anti kalau orang paksa aku untuk mengatakan sesuatu yang aku tak suka.. Kalau aku cakap tak, taklah. Kalau aku cakap no, no lah. Kalau aku cakap anieyo, anieyolah. lagi satu anti orang yang mencari aib orang sedangkan diri sendiri lebih besar aibnya...

Akhir kata, ini cuma sekadar satu luahan, perkongsian rasa... Tapi, kalau sesiapa yang rapat dengan aku, dia akan perasan yang aku ni, lebih baik aku menyendiri, melayan perasaan... sebab aku rasakan lebih baik melayan angan-angan yang tak berkesudahan daripada mendapatkan satu kepastian yang cukup menyakitkan...



0 comments: